Template by:
Free Blog Templates

Monday, November 23, 2009

Dinner Di KamaLodge


21hb November (Sabtu) baru-baru ni, keluarga aku dapat berkumpul & makan malam bersama. Lengkap! Semua ada. Ain, adik aku di universiti malaya & Hanisah yang menuntut di institut perguruan darul aman balik bercuti setelah tamat peperiksaan semester baru-baru ini. Kebetulan sabtu malam itu ayah aku tidak ke mana-mana. Selalunya jika tak da outstation, dia kena hadir ke kem wataniah. Biasa la, diorang punya operasi. Tapi kali ini, ayah aku betul-betul free.


Permandangan waktu malamm swimming pool & chalet di KamaLodge


Antara Chalet KamaLodge waktu malam


Lagi antara permandangan di KamaLodge ketika waktu malam


Bertempat di KamaLodge, sebenarnya agenda ini tidak dirancang sama sekali. Namun adik aku, Hanisah telah menyuarakan untuk belanja kami sekeluarga makan malam bersama pada malam itu. Selepas solat maghrib, dalam lingkungan pukul 7.45malam kami bergerak ke KamaLogde. Sebenarnya KamaLodge tu tempat peranginan ataupun tempat penginapan. Tuan punya Chalet KamaLodge itu adalah jiran kami & kawan ayah aku sendiri, Dato' Kamal.


Permandangan Chalet KamaLodge di siang hari


Permandangan dari Tingkat Tiga Chalet KamaLodge


Malam itu, suasana & permandangan di tempat santapan cukup menarik dengan persekitaran yang cukup tenang & cantik. Tempat santapan kami betul-betul berdekatan dengan swimming pool. Aku macam biasa, kalau agak malas nak makan malam, aku order Chiken Cop je. Memang sedap & puas hati sebab banyak. Sesiapa yang berkunjung di situ, cukup puas hati. Kawasan persekitaran yang cantik, makan yang enak & tempatnya cukup strategik berada di kawasan peranginan.


Mak & Ayah


Adik Fatin & Angah


Hanisah & Ain


Aku la


Mak, ain & adik bongsu aku, fatin order nasi goreng kampung. Aku & adik aku, hanisah order Chiken Cop. Ayah aku, biasa la. On Diet. Hehe dia order Sup Cendawan & roti garlic. Adik aku, angah pulak order Fish & Fillet. Huhu Memang sedap. Kalau korang semua singgah di Taiping, singgah la di KamaLodge. Di situ ada penginapan & menyediakan santapan. Lokasinya berdekatan antara Taman Tasik Taiping & kaki Bukit Larut.



Monday, November 9, 2009

Video Lagu Untuk Para Blogger!!

Aku tergerak hati nak dedicatekan lagu untuk para blogger sekalian. Diharapkan semua terhibur.


Kenalilah Sebuah Persahabatan:



P/s: Lagu ini aku dedicate khas untuk aisumi chan, ghouse azwan , nurhamiza aziz, semua sahabat diluar sana & rakan blogger sekalian dengan pesanan Kenalilah Erti Sebuah Persahabatan.




Khas Untuk Rakan Blogger Yang Sedang Bercinta:



P/s: Lagu ini aku hadiahkan kepada kawan-kawan diluar sana yang sedang dilamun cinta. Semoga enjoy hidup korang!!




Perginya Tak Kembali:



P/s: Lagu ini mengingatkan aku kepada kawan lama aku, Arwah Ali Lokman yang sudah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tergolong dalam golongan orang-orang soleh. Aku turut mengingati pemergian arwah Atok & Opah aku pada tahun 2007. Semoga mereka berbahagia di sana.




Khas Untuk Kaum WANITA:



P/s: Aku tergerak hati untuk dedicate lagu ini tuk semua Kaum Wanita kerana pengorbanan mereka & kesabaran mereka dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran & dugaan. Aku melahirkan rasa simpati kepada Kaum Wanita kerana ramai yang ditindas & dibinasakan oleh Kaum Lelaki. Ini Persanan dari Women Aid Organization (WAO): "Jika terdapat sebarang penindasan atau kekejaman terhadah diri anda (wanita), segeralah membuat laporan terus ke badan ini (WAO). Kami akan mengambil tindakan seterusnya!!"





Lagu Keamanan Sejagat:



P/s: Aku mengajak kalian semua sama-sama memikirkan bahawa kepentingan kemananan dunia & manusia. Marilah kita sama-sama memerangi keganasan & peperangan bersama!!



Sunday, November 8, 2009

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009!!



Piala Malaysia Edisi 2009





VS






Tahun 2009 adalah tahun keramat kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan apabila semalam (7/11/2009) mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Negeri Kelantan dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sekali gus merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Walaupun aku meminat Pasukan Manchester United & AC Milan tetapi aku tidak pernah melupakan pasukan dalam liga malaysia. Aku cukup meminati Pasukan Bola Sepak Negeri Perak & tidak ketinggalan juga Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Aku sentiasa menghikuti perkembangan semasa dua buah pasukan bola sepak negeri ini.

Semalam aku tengok perlawanan siaran langsung di dalam TV1. Perlawanan nampak sengit. Walaupun banyak menyangka bahawa Pasukan Kelantan akan menang dengan dibarisi ramai Bekas Bintang Negeri Perak seperti Mohd Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Azlan Zainal namun mereka gagal menyekat kemaraan & amukan pasukan Kijang (Negeri Sembilan) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi aku, gol pembukaan adalah gol yang menghancurkan segalanya buat Pasukan Kelantan kerana keseluruhan separuh masa pertama didominasi oleh Pasukan Negeri Sembilan. Pertahanan Pasukan Negeri Sembilan yang berfungsi begitu baik menyekat kemaraan serangan Pasukan Kelantan. Aidil Zafuan & Mohd Shukor Adan bermain cukup bertenaga di bahagian pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan.


Pihak Bomba terpaksa memadam kebakaran
di bangku penyokong kelantan


Penyokong Kelantan yang bersikap liar dengan melemparkan
mercun ke dalam kawasan padang



Gol pertama perlawanan dijaringkan cantik dari Shahruain (Negeri Sembilan) pada separuh masa pertama disusuli gol kedua dan ketiga pada separuh masa kedua masing-masing dari Hairuddin Omar & Zaquan Adha (Penalti). Pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol saguhati dari sepakan percuma yang cukup cantik dari Indra Putra namun ia sudah terlambat ketika baki perlawanan tinggal kurang 5 minit.

Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir mencemar duli menyampaikan Piala Malaysia kepada Kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya


Perlawanan cukup terhibur namun apa yang aku tidak puas hati apabila penyokong kelantan tidak bagi kerjasama yang baik. Mereka telah membakar kain rentang & bangku stadium apabila menyedari pasukannya gagal merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi 2009. Lebih parah lagi apabila larangan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia & FAM supaya tidak membawa objek-objek & mercun langsung tidak diendahkan mereka. Kesannya, objek-objek & mercun dilemparkan ke dalam padang sehinggakan menyebabkan petugas & jurukamera RTM terpaksa dibawa ke hospital & menerima jahitan di kepala apabila terkena objek yang didakwanya adalah batu.

Beginikah sikap sebagai penyokong pasukan? Dimanakah sikap profesional anda sebagai penyokong? Terima kekalahan dengan hati terbuka. Tahun depan, cuba lagi. Ini tak, aku tengok pun naik hangin kalau macam tu. Aku cukup puji penyokong Negeri Sembilan yang tenang dari mula hingga ke akhir perlawanan walaupun 70% penyokong pasukan Kelantan penuhi Stadium Bukit Jalil. Jangan ikut budaya penyokong barat seperti penyokong pasukan England amnya, bersikap LIAR.

Aku harap selepas ini takkan berlaku lagi kekecohan yang ditunjukkan oleh penyokong mana-mana pasukan. Bagi sokongan moral demi pembangunan sukan Bola Sepak Malaysia. Kembalikan keyakinan kepada pemain pasukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara!!